MRS UMBOL

MRS UMBOL

Rabu, 22 Jun 2016

CUACA HARI INI

Masa itu saya di sekolah menengah. Biasanya bila waktu cuti sekolah kebanyakan remaja seperti saya akan turun padang mencari duit poket sendiri atau menolong ibu bapa menoreh getah atau bertani. Panas dan hujan itu perkara biasa bagi kami. Yang saya ingat sangat masa itu mama cakap kalau nak tahu cuaca hari itu baik atau tidak, Tengok sahaja Puncak Gunung Kinabalu. Kalau awan berada di atas puncak gunung tandanya hari akan  hujan, sebaliknya sekiranya awan berada di tengah-tengah puncak gunung cuaca akan cerah sampai ke petang.. Dan biasanya ramalan itu tepat..  Sehinggalah ke hari ini umur sudah 35th. Saya Masih Memandang Gunung Kinabalu untuk Meramal Cuaca harian saya..

P/s  Hari ni saya tidak nampak pun bayang kinabalu. mungkin cuaca hari ini mendung dan hujan pada petangnya..  jadi tidak dapatlah uplod gambar.. lain kali yaaa. tunggu..

Rabu, 1 Jun 2016

SI DIA

Assalamualaikum.

Terdetik untuk buat blog berbentuk diari.. ermmm lama juga tau baru dapat idea untuk address ni, so untuk entry pertama saya nak cerita sikit tentang Si Dia, Mr Suami. Saya kenal dia pada awal tahun 2011. Masa tu beberapa bulan lagi nak masuk 30th. Kami tidak bercinta pun. Bercinta lepas kawin kan lebih baik.. Dia kerja biasa-biasa ja. Padanlah dengan saya yang berkerja sebagai kerani ja. Si Dia seorang Duda, ada anak yang comel sepasang, si kakak 6th n si adik 4th.. nakal boleh tahan juga. tapi saya tidak kisah. Saya pun ada adik bongsu berumur 7th. Si Dia ada semua ciri ciri yang saya suka. jadi kami mengambil keputusan untuk bertunang pada pertengahan tahun dan bernikah beberapa bulan selepas itu. majlis kami simple ja. yang penting bagi kami hubungan yang halal..  

Kg Suangpai 2011