MRS UMBOL

MRS UMBOL

Rabu, 1 Jun 2016

SI DIA

Assalamualaikum.

Terdetik untuk buat blog berbentuk diari.. ermmm lama juga tau baru dapat idea untuk address ni, so untuk entry pertama saya nak cerita sikit tentang Si Dia, Mr Suami. Saya kenal dia pada awal tahun 2011. Masa tu beberapa bulan lagi nak masuk 30th. Kami tidak bercinta pun. Bercinta lepas kawin kan lebih baik.. Dia kerja biasa-biasa ja. Padanlah dengan saya yang berkerja sebagai kerani ja. Si Dia seorang Duda, ada anak yang comel sepasang, si kakak 6th n si adik 4th.. nakal boleh tahan juga. tapi saya tidak kisah. Saya pun ada adik bongsu berumur 7th. Si Dia ada semua ciri ciri yang saya suka. jadi kami mengambil keputusan untuk bertunang pada pertengahan tahun dan bernikah beberapa bulan selepas itu. majlis kami simple ja. yang penting bagi kami hubungan yang halal..  

Kg Suangpai 2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan